RSS

You Complete Me… Part 1

Mitsaqan Gholizo

Tanggal 25 Jun 2011 bersamaan 23 rejab 1432 H adalah hari bersejarah buat diriku dan pasanganku.

Hari di mana ijab dan qabul telah dimeterai untuk sebuah perjanjian berat (Misqan Gholizo) antara dua hati menjadi satu, dua jiwa mencari bahagia dan dua nyawa berharap kekal hingga ke syurga. Hari yang penuh barakah disaksi dan diraikan bersama sanak saudara serta sahabat handai. Alhamdulillah.

Pujian dihamburkan kepada kami sebagai pasangan mempelai pada hari itu beserta iringan doa agar rumahtangga yang dibina, utuh menongkah badai dan beroleh sakinah dibawah lembayung ilahi. Hanya kesyukuran yang mampu kami rafakkan pada hari bahagia tersebut.

Namun, tidak kurang juga yang ‘nakal’ bertanya bagaimana kami bertemu jodoh. Di sebelahku ramai yang tidak mengenali zaujahku dan begitu juga di pihak sahabat-sahabatnya.

Jodoh

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on July 18, 2011 in Lensa Kehidupan

 

Tags: , , ,

Sharing Moment

Bismillah,

Lama sungguh tidak mencoret di laman sesawang ini.

Dek kerana kebatasan masa dan internet (daku sungguh kecewa dengan servis internet di Malaysia) maka banyak pandangan dan perkongsian terpaksa ditangguhkan bagi memberi aulawiyat (keutamaan) kepada hal-hal yang lebih penting terutama hal keluarga.

Namun itu bukan asbab untuk membantutkan usaha murni berkongsi pengalaman dan panduan kepada para pembaca blogku (harapnya pembaca dapat bersabar di sana)

Insha Allah, kerana lambakan soalan yang diutarakan oleh sahabat-sahabat kepada diriku daripada bagaimana jodohku dititipkan di Lauh Mahfuz hingga persiapan di ambang perkahwinan Muslim, daku akan berkongsikan serba sedikit pengalaman tersebut untuk menjadi tatapan dan mudah-mudahan panduan buat mereka yang memerlukan.

Artikel perkongsian sedang diproses secepat mungkin. Daku pon tak sabar nak berkongsi ni =)

Jazakallahu Khairan Kasira kepada semua,

Ibn Abd Rahim
41200, Klang

 
Leave a comment

Posted by on July 12, 2011 in Announcement

 

Tags: ,

Titik Noktah Kembara di Bumi Shamrock

Mungkin penulisan ini adalah tinta terakhirku di bumi bertuah ini.
Harapnya tidak sebegitu.

Kurang 24 jam, daku bakal melabuhkan tirai perkelanaanku di bumi nan hijau ini meninggalkan bumi yang kaya dengan khazanah keanggunan alam flora bersama penghuni yang mesra. Esok jam 5 petang, daku terbang ke awan biru menuju destinasi kehidupan yang pastinya lebih segar dan mencabar.

Lima tahun kaleidoskop kehidupan menghuni di perut Dublin adalah sangat singkat buatku bertaaruf bersama kota Irish apatah lagi memahami budayanya. Namun, aku amat menghargai pengalaman emas ini. Pengalaman yang mematangkan diriku. Pengalaman yang membina karakterku sekarang ini dan pengalaman yang menjadikan aku adalah AKU.

Aku masih teringat saat aku berpijak di kota ini dan disambut oleh presiden PPIMI pada ketika itu saudara Haikal Ghazali dan Ruzaimi Ramza (KUD) bersama senyuman sampai ke telinga mereka sehinggalah aku melelapkan mata buat kali pertama di perantauan.

Kemudian dikhitbah oleh saudara Arif Fahmi menyertai Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland sebagai Ketua Lajnah Penerangan (aku sendiri pada ketika itu memerlukan penerangan orang lain tentang PPIMI dan hal ehwal Dublin) dan bertatih sedikit demi sedikit dalam selok-belok politik dan kebajikan kampus sebelum memegang mandat sebagai Presiden PPIMI 2009-2010 (itulah pertama kali aku memegang jawatan tertinggi dalam kepimpinan pelajar. Selama ini hanya sebagai orang bawahan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar ketika itu.)  Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on June 5, 2011 in Lensa Kehidupan

 

Tags: , , , ,

Sabar

Saya tertarik dengan pesanan bekas guru Biology saya sewaktu di Kolej Mara Banting, Mr Suhairi Suratman kepada saya di laman Facebook:

“Tingkatkan kesabaran kerana sifat sabar sangat besar pengaruhnya dalam hubungan suami-isteri.”

Sesungguhnya sifat sabar bukan sahaja intipati kepada ramuan kebahagiaan rumahtangga tetapi paling utama adalah pilar kebahagian hidup kita secara umumnya.

Ujian boleh menimpa kita di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Di dalam rumah mahu pun di luar. Bezanya adalah kita bersedia atau tidak.

Penjelasan tentang maksud dan hakikat Sabar telah banyak dibahaskan oleh para fuqaha’ dan alim ulama’ maka tidak perlu saya perjelaskannya di sini apatah lagi itu bukan bidang kepakaran saya.

Namun, saya tertarik dengan surat yang diutuskan oleh Khalifah Umar bin al-Khatab r.a. kepada Abu Musa Al-Asy’ari r.a., yang bunyinya di antara lain:

“Haruslah engkau bersabar! Dan ketahuilah, bahwa sabar itu dua. Yang satu lebih utama dari yang lain: sabar pada waktu musibah itu baik. Dan yang lebih baik daripadanya lagi, ialah sabar (menahan diri) dari yang diharamkan Allah Ta’ala. Dan ketahuilah, bahwa sabar itu yang memiliki iman. Yang demikian itu, adalah bahwa takwa itu kebajikan yang utama. Dan takwa itu dengan sabar”.

Sungguh besar dan halus maksud sabar yang diterangkan di dalam surat yang ditulis Khalifah Umar pada pandangan saya.

Persediaan untuk siri kehidupan saya seterusnya Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on June 1, 2011 in Lensa Kehidupan, Tazkirah

 

Tags: , , ,

ALhamduLillaH……

Alhamdulillah,

Selaut kesyukuran daku rafakkan kepada ilahi kerana telah mengurniakan nikmat kejayaan dan kebahagiaan buat diriku. Sesungguhnya tiada yang lebih indah selain nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan daku sentiasa tergolong di dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada-Mu ya Rabb.

1. Pentauliahan sebagai Doktor Perubatan

Alhamdulillah, daku bersama sahabat-sahabat di RCSI telah lulus di dalam peperiksaan tahun akhir kami dan kini bergelar doktor muda.

Sesungguhnya, kejayaan ini membawa satu lagi amanah buat rakyat dan ummah khususnya.Daku teringat kata-kata hikmah yang sentiasa menjadi nasihat buatku:

” Success is a Journey, not a final Destination “

Maka bermulalah lembaran baru dalam diari kehidupan sebagai Doktor yang kami sedia maklum sangat mencabar dan berbeza daripada alam universiti.

Semoga kami tabah memikul amanah tersebut.

2. Mitsaqan Gholizo (Perjanjian yang Berat) antara 2 jiwa

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on May 13, 2011 in Announcement

 

Tags: , , ,

Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Lelaki X

Saya acap kali melihat seorang lelaki berkulit gelap berusia dalam lingkungan usia saya, berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan rukun Islam berjamaah. Yang membuat saya tertarik adalah kesungguhannya dalam keadaan dirinya yang kekurangan berbanding manusia lain (jejaka itu mempunyai gait disability atau pergerakan yang bermasalah atas faktor perubatan) untuk mengimarahkan rumah Allah setiap hari.

Bukan sahaja setiap hari bahkan setiap waktu solat !

Setiap kali tiba waktu solat, saya akan melihatnya berjalan dengan penuh sabar ke masjid dan kemudian pulang ke rumahnya. Itulah antara rutin hariannya yang mengagumkan.

Walaupun dengan kecacatan fizikal, itu bukanlah penghalang baginya.

Lelaki Y (Bukan DSAI)

Suatu ketika dahulu, saya sering melihat seorang lelaki berbasikal membawa tongkat pemapahnya menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah.

Sahabat tersebut gigih mengayuh basikal berulang alik dari rumahnya semata-mata ingin mengejar ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah hatta dalam dirinya yang kekurangan.

Mungkin bagi dirinya, selagi mana dia masih boleh bergerak maka tiada alasan untuk dirinya tidak ke masjid.

Walaupun diuji dengan kemalangan pada kakinya, itu bukanlah penghalang baginya.

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on May 6, 2011 in Lensa Kehidupan, Tazkirah

 

Iman Roller Coaster

 

Dua orang sahabat duduk berbual di dalam masjid Dublin usai solat Jumaat.

********************

Sahabat A: “Ana risaulah sheikh… Ana rasa gusar.”

Sahabat B: “Hah, enta nak menikah k? Jika tiada duit boleh pinjam duit ana dulu ? Jika mak ayah tak beri lagi, jangan putus asa. Usaha lagi! ” balas sahabat B dengan penuh keyakinan dan keriangan.

Sahabat A: “Eh, ke situ pula dia. Bukan itu maksud ana. Ana risau tentang Iman ana ni. Turun naik macam lift.

Sahabat B: “Lorrrrr…, ana baru berhajat nak belanja enta makan tadi sebagai meraikan berita gembira tadi. Rupanya isu lain.” katanya sambil tersenyum lega.

“Jika enta risau iman enta turun naik macam lift maka ana lagilah risau dengan iman ana yang turun naik macam Roller Coster tu. Lebih laju berbanding lift bagai nak tercabut nyawa.”

Sahabat A: “Eh takkanlah iman enta macam tu. Muka dah nampak berseri bagaikan terpancar cahaya keimanan malahan berjanggut panjang pula tu. Lainlah orang macam ana ni.”

Sahabat B: “Enta bodek ana ye supaya ana belanja enta lepas ni ye hehe…..Enta, janganlah kita ditipu oleh rupa luaran seseorang. Boleh jadi rupanya nampak alim tapi dalamannya penuh gelap pekat dosa dan begitu juga sebaliknya”.

“Seperti kata Adnan Sempit, luar nampak ganas tapi dalam hati ada Taman.”

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on March 25, 2011 in Lensa Kehidupan, Tazkirah

 

Tags: , ,

Perubatan Hati atau Jantung

Setelah separuh nyawa memerah otak untuk menghadam setiap cabang ilmu tentang penyakit-penyakit di dalam subjekJantung dan Hati manusia maka saya mengambil sedikit masa untuk berehat mengembalikan energi.

Tatkala itu saya terfikir, para doktor telah mencipta pelbagai kaedah dan ubat-ubatan untuk merawat hati dan jantung manusia tetapi bagaimana pula penyakit ‘Hati’ yang satu lagi ? Apa penawarnya ?

Para doktor moden tidak mempunyai vaksin atau kaedah moden untuk mengubat penyakit ini tetapi hanya cendiakawan Islam dan para sufi sahaja yang mempunyai antidotenya.

“Hati” yang saya maksudkan adalah seperti sabda Rasulullah SAW:

An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on March 17, 2011 in Soul Entertainment, Tazkirah

 

Tags: , ,

Gaza de Hearty

Siri Akhir: Gaza de Hearty

Telah lama album Travelog Gaza saya menunggu penutupnya. Sengaja saya menangguhkan pengakhiran album ini agar pengalaman, kenangan dan memorinya masih kekal dalam ingatan saya hatta setelah episod terakhir diterbitkan.

Nukilan emas dalam diari kehidupan saya akan berakhir di dalam episod ini namun saya benar-benar berharap ibrah dan coretan pengalaman ini dapat membangkitkan semangat kita untuk menghayati perjuangan dan meniup semangat kita untuk membebaskan bumi Palestin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab baginda SAW ” Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on March 7, 2011 in Travelog

 

Tags: , ,

Dunia baru Islam

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh saya tidak mencoret di laman maya ini dek kekangan peperiksaan dan jadual di hospital yang sendat. Alhamdulillah tinggal 2 bulan untuk saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Saya memohon agar pembaca dapat mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan di medan ilmu ini.

Di sini, saya mulakan dengan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;

Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,

Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?

Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”

(HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)

Read the rest of this entry »

 

Ayuh ! Masa untuk Berubah !

Mengenali Sifat-sifat Gerakan Islam

Oleh: Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat

Setiap pertubuhan atau jemaah atau gerakan samada jemaah Islam atau yang sewaktu dengannya mestilah memiliki sifat-sifat tertentu. Dengan sifat-sifat tersebut maka sebuah jemaah itu dikenali dan dapat dibezakan daripada yang lain.

Apakah yang dimiliki oleh jemaah Islam dan prinsip-prinsip yang dipeganginya yang membezakan dari segala jemaah atau pertubuhan lain yang berfahaman kemanusiaan. Sifat-sifat jemaah Islam sebenarnya telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ialah:

1. Ia menyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula umat. Dapat membebaskan semual golongan mustadh’afin dan menyelamatkan manusia daripada kehancuran.

2. Ia lahir daripada kesedaran penyokongnya sendiri. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur atau barat. Lahirnya kerana tuntutan al-Quran dan Sunnah seperti firman Allah SWT:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolonganyang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itu orang yang beruntung” [Ali Imran: 104]

Sabda Rasulullah SAW:

“Wajiblah kamu bersama jemaah Muslimin dan pimpinan mereka” [Riwayat As-Syaikhan]

3. Ia menyakini akan kesejagatan Islam sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan tiadalah kami mengutuskan Engkau (Muhammad) melainkan untuk menjaga rahmat bagi sekalian alam” [Al-Anbiya':107]

Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagian kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu dan Turki, bahkan ianya untuk seluruh manusia.

Read the rest of this entry »

 

Tags: ,

Q&A about Brotherhood 1.0 system

Question:

Dear Tech Support,

3 years ago, I upgraded my system from Buddy 5.0 to Brotherhood 1.0. However, recently I noticed a distinct slow down in overall system performance particularly in Sharing and Bonding applications, which operated flawlessly under Buddy 5.0.

Most of the applications under Brotherhood 1.0 package are not functioning properly such as Sacrifice plug-in, Joy Driver v3.0, Concern toolbars or its best application, Itsar v2.0.

At the same time it installed lots of undesirable programs and applications such as Mazmumah v7.0, iLazy v3.0, Wahan toolbars, Backbiting v4.1 and sometimes automatically downloading some virus/malware when connected to internet like Ignorance.exe and Satan bug that are too resistant against my anti-virus/malware.

The virus/malware will disable Communication toolbars and infecting the Heart disk.  In addition, Games installation, USB External Pressure and Hatred v5.0 are simply crash the system.

Besides that, Prejudice notification always appears in my desktop screen while LoveActivator.exe cannot be traced anymore in the Task Manager.

Please note that I have tried running reliable software such as Circle v1.1 and iMotivator to fix these problems, but to no avail.

What should I do?  How can I improve its performance?

Please help me. Many thanks.

Kind regards,

Optimus

Sent from my Samsung Galaxy


**************************

Answer:

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on December 24, 2010 in Society / Community, Tazkirah

 

Tags: , ,

Memo untuk Pejuang

Berikut adalah email yang telah dikongsi oleh Allahyarham Mas Afzal kepada kami beberapa minggu selepas beliau ditauliahkan sebagai seorang Doktor dalam keadaan dirinya menghidap penyakit Hodgkin Lymphoma dan menjalani rawatan Chemotherapy. 

***************************

Allahyarham bersama bondanya yang tercinta

Assalamualaikum wbt. 

Sebelum saya mula berbicara panjang, ingin saya tegaskan terlebih dahulu bahawa segala kejayaan dan kegagalan yang kita kecapi adalah semuanya ketentuan Allah yang sudah tertulis di Lauh Mahfudz semenjak azali lagi. Segala usaha yang kita buat adalah ikhtiar di pihak kita, tetapi adalah menjadi sebahagian daripada tunjang keimanan kita untuk percaya bahawa Allah pemegang semua kesudahan.

“…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfudz)…” [Fatir : 11]

Saya mendapat inspirasi menulis warkah ini daripada perbualan YM dengan seorang sahabat yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman bagaimana saya melalui semua cabaran yang telah saya lalui sepanjang 10 bulan yang lalu. Beliau sendiri punya cabaran yang menanti dihadapannya kini dan saya doakan beliau hasanah di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Lebih 10 bulan yang lalu, saya baru sahaja masuk ke tahun akhir perubatan dan bakal menduduki peperiksaan akhir bertulis (final written examination) pada 15 dan 16 Januari 2009. Peperiksaan ini adalah antara ujian terpenting kerana ia melibatkan kefahaman pelajar terhadap semua aspek klinikal dan pra-klinikal yang telah dipelajari sepanjang 5 tahun pengajian.

Semuanya bermula apabila saya telah disahkan doktor menghidap penyakit Hodgkin’s Lymphoma (sejenis kanser darah) pada awal Disember 2008. Oleh itu, saya perlu menjalani rawatan chemotherapy sebanyak 12 kali, pada kekerapan 2 minggu sekali, selama 6 bulan. Kesan paling signifikan daripada rawatan chemotherapy adalah kepenatan yang amat (extreme fatigue) dan loya (nausea). Simptom-simptom ini biasanya paling ketara pada minggu pertama selepas rawatan.

Saya bernasib baik kerana dibenarkan untuk meneruskan pengajian tetapi terpaksa ponteng sebanyak 5 hari untuk setiap selang seminggu apabila menerima rawatan. Ini bermaksud saya hanya dapat hadir ke setengah daripada jumlah masa yang diperuntukkan untuk clinical attachment.

Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on December 19, 2010 in Lensa Kehidupan

 

Tags: , , ,

Inspiron

Credits to Matthew Belinkie for this inspirational video. 

40 Inspirational Speeches

This could be the greatest night of our lives, but you’re going to let it be the worst.

And I guarantee a week won’t go by in your life you won’t regret walking out, letting them get the best of you.

Well, I’m not going home.

We’ve come too far!

And I’m going to stay right here and fight for this lost cause.

A day may come when the courage of men fails… but it is not THIS day.

The line must be drawn HERE. This far, no further! I’m not saying it’s going to be easy.

You’re going to work harder than you ever worked before.

But that’s fine, we’ll just get tougher with it!

If a person grits his teeth and shows real determination, failure is not an option.

That’s how winning is done!

Believe me when I say we can break this army here, and win just one for the Gipper.

But I say to you what every warrior has known since the beginning of time: you’ve got to get mad.

I mean plum mad dog mean.

If you would be free men, then you must fight to fulfill that promise!

Let us cut out their living guts one inch at a time, and they will know what we can do!

Let no man forget how menacing we are. We are lions!

You’re like a big bear, man!

This is YOUR time!

Seize the day, never surrender, victory or death… that’s the Chicago Way!

Who’s with me?

Clap! Clap! Don’t let Tink die! Clap! Alright! Let’s fly!

And gentlemen in England now abed shall know my name is the Lord when I tell our enemies that they may take our lives, but they’ll never take our Independence Day!

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2010 in Soul Entertainment

 

Tags: , ,

Kembara ke Bumi Syuhada’: Gaza – Siri 9 -

“Ma’assalama ya Gaza”

Isnin, 16 Ogos 2010 [Hari Kelapan]

Tak bisa melupakanmu

Sedang menunggu bas untuk ke Kaherah selepas keluar dari Rafah

Jam loceng telefon bimbitku berdering membangkitkan diri ini daripada lamunan tidur untuk bersahur. Ya Allah, saya terlambat kerana hajatnya mahu menyediakan hidangan sahur buat para jemaah sukarelawan. Segera saya bergegas ke bahagian dapur kafetaria hospital dan subhanallah rezeki telah turun daripada langit tatkala melihat lauk-pauk siap terhidang di atas meja . Hidangan sahur pagi itu telah disediakan oleh para bidadari wanita dalam kem kami. Tidak ramai yang menyertai kami bersahur sekali pagi itu terutama sukarelawan lelaki. Mungkin kebanyakan keletihan akibat pulang pada waktu awal pagi kem bilik beradu masing-masing daripada kedai shisha semalam menurut hipotesis saya.

Saya bersahur bersama Fauziah Latif dan beberapa sukarelawan pada pagi itu. Jarang kami menyapa antara satu sama lain setelah hampir seminggu bersama di dalam misi ini. Teringat perbualan saya dengan seorang petugas Kelab Putera 1 Malaysia sewaktu di Cairo semasa menyambut Dato’ Azeez beserta artis tersebut:

Kalo dia minta macam-macam, nak  itu dan ini, nak layanan VIP maka baiklah dia balik Malaysia sahaja. Tak ada orang nak layan dia kalo dia demand sangat“.

Sinis sungguh bahasanya. Mungkin lelah berurusan dengan karenah artis di Malaysia. Saya kurang mengenali Fauziah Latif atau nama manjanya Kak Gee bahkan hanya saya dan Usop sahaja yang tidak bergambar bersama bekas juri Malaysian Idol itu sepanjang misi di Gaza. Para sukarelawan lain terutama lelaki sungguh teruja melihat Kak Gee. Itu belum lagi naik meluat saya dengan sikap sebilangan manusia bernama suami yang  ’tergedik-gedik’ bergambar bersamanya bagai tidak sedar isteri-isteri mereka berdoa siang malam untuk keselamatan mereka dan menanti kepulangan suami tercinta. Lelaki oh lelaki……

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2010 in Travelog

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.