RSS

Bajet Kedah 2010

22 Nov

Credit to Firabib, the photographer

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

ALOR SETAR, 17 Nov. 2009 � Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Y.A.B Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah menggariskan beberapa keperluan baru bagi meningkatkan ekonomi Negeri Kedah serta kebajikan terhadap rakyat.

Dalam sesi ucapan ketika membentangkan Bajet 2010, terdapat beberapa perkara penting yang menjadi nadi pengurusan ekonomi yang cekap dan baik oleh kerajaan negeri Kedah antaranya :

*�Sehingga Ogos 2009, Kedah menerima kelulusan pelaburan berjumlah�RM 837, 345, 329iaitu merupakan�negeri kelima mendapat pelaburan tertinggi di Malaysia selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

*�Pengurangan hasil tanah berikutan langkah kerajaan memberi rebet kepada hasil tanah sebanyak 50% berjaya ditampung melalui peningkatan hasil di bidang-bidang berikut :

  • Kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM 19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan yang rapi oleh Pejabat-Pejabat Tanah.
  • Kenaikan hasil balak daripada RM 8 juta setahun sebelum ini kepada RM35 juta�pada tahun 2009 kerana polisi atau�dasar tender terbuka�yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri.
  • Dividen atas sumbangan daripada 11 buah GLC kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 30 juta.�Inilah pembayaran yang pertama kali diterima oleh Kerajaan Negeri selepas usaha-usaha penyusunan semula GLC berjaya meningkatkan aktiviti dan keuntungan setiap GLC.

*�Bagi tahuan 2009,�Kerajaan Negeri masih menunggu pembayaran daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 40 juta yang sepatutnya telah dibayar sebelum Oktober setiap tahun.

*�Amalan perancangan dan pengurusan ekonomi oleh Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW :

�Sesungguhnya Allah begitu kasih apabila salah seorang daripada kamu melakukan amalan atau perbuatan dan ia lakukannya dengan betul, tepat dan cermat”.

*�Kerajaan memperkenalkan polisi bahawa�tanah pertanian akan dikekalkan untuk pertanian sahaja.

*�Satu program baru akan dilancarkan tahun 2010 iaitu�program�Merakyatkan Akuakultur.�Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atau modal awalan kepada usahawan tani tempatan untuk menceburi secara komersial ternakan ikan keli dan ikan talapia�di Negeri Kedah. Usahawan-usahawan ini akan dibantu oleh GLC iaitu Kedah Agro Akuakultur Sdn. Bhd. secara�”contract farming”.�Sejumlah RM 1 juta telah disediakan pada tahun 2010.

*�Defisit�di dalam Bajet 2010 adalah�berjumlah RM16.1 juta atau 3.16% berbanding defisit tahun 2009 sebanyak RM17.53 juta atau 3.47%.

Selain memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi Negeri Kedah, Bajet 2010 turut menekankan terhadap�pembangunan dan kesejahteraan rakyat secara komited.�Perkara-perkara penting yang diberi penekanan dalam sesi ucapan Bajet 2010 adalah seperti :

*�Usaha�memperkasakan Maktab Mahmud sebagai Institusi pelajaran milik kerajaan negeri di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang merupakan lambang kebanggaan negeri sejak zaman berzaman akan diteruskan.

*�Kerajaan Negeri telah menetapkan�dasar untuk menukar pinjaman kepada biasiswa.

*�Kerajaan Negeri berusaha�membentuk golongan remaja yang memiliki pengetahuan, berperibadi mulia dan berakhlak unggul selaras dengan adab dan tatasusila masyarakat Malaysia. Selaras dengan hasrat ini, Kerajaan Negeri akan menganjurkan�Kem Bina Sahsiah di kalangan pelajar sekolah menengah�pada setiap cuti akhir tahun. Selain itu,�Kerajaan Negeri memohon kerjasama jabatan-jabatan yang terlibat membantu membenteras kegiatan yang kurang sihat�seperti berikut:

  • Pihak berkuasa tempatan memperketatkan proses pengeluaran lesen premis perniagaanyang berunsur negatif.
  • Polis memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap�kegiatan pusat-pusat hiburan.
  • Jabatan Agama Islam memperkasakan aktiviti pencegahan maksiat.

*�Kerajaan Negeri berharap agar pihak Pemaju Perumahan Negeri Kedah supaya�membina lebih banyak rumah untuk keperluan penduduk Kedah,�bukannya membina rumah berharga tinggi untuk mencari keuntungan semata-mata.

*�Bagi membela keluarga termiskin yang memerlukan bantuan rumah, Kerajaan melaksanakan program membina rumah untuk keluarga termiskin�mulai akhir tahun 2009.

*�Kepada�Insan yang kurang upaya dan yang memerlukan bantuan,�Kerajaan memperuntukkan�bantuan sara hidup�sebanyak RM13.575 juta atau tambahan sebanyak RM975 ribu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

*�Mulai tahun 2010, satu program baru yang dikenali sebagai�Skim Kifalah Kedah akan dilancarkan. Menerusi skim ini, Kerajaan memberi�sumbangan sebanyak RM500.00�bagi pengurusan jenazah seorang warga emas di dalam kategori termiskin�tanpa mengira agama atau kaum.�Langkah ini dibuat bagi meringankan beban keluarga yang termiskin. Kerajaan Negeri sedang merangka mekanisma penyaluran bantuan kepada pihak yang terlibat. Polisi ini menepati dengan ajaran Islam di mana digalakkan kita membantu setiap insan yang tidak berupaya.

Maksud Hadis 1:

“Allah S.W T. akan menolong hamba-Nya sebagaimana hamba-Nya itu sentiasa menolong saudaranya”

Maksud Hadis 2:

“Kasihilah kamu setiap makhluk yang berada di muka bumi nescaya aku akan dikasihi setiap yang berada di langit”

Maksud Hadis 3:

“Barangsiapa yang tidak mengasihi orang nescaya dia tidak akan dikasihi oleh orang lain”

*�Kedah merupakan�negeri yang pertama�menandatangani perjanjian dengan syarikat pengurusan kutipan sampah dan pelupusan sisa pepejal secara sistematik dan terurus.

Perkara ini merupakan antara beberapa perkara penting yang digariskan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah ketika sesi Ucapan Bajet 2010 yang dibentangkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

Maklumat lanjut boleh layari : www.kedahsejahtera.com.my

p/s: Alhamdulillah, semakin rancak pembangunan komuniti, rohani, jasmani dan intelektual di Kedah. Semoga Kedah menjadi negeri contoh selepas Kelantan.

About these ads
 
1 Comment

Posted by on November 22, 2009 in Current Affair / Issues

 

Tags: , , ,

One response to “Bajet Kedah 2010

  1. ABDUL MUHAIMIN ALI

    November 22, 2009 at 9:52 AM

    takbirrr!!! ALLAHUAKHBAR!!!!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: